Berikut adalah peraturan-peraturan
futsal yang digunapakai oleh sebarang pertandingan futsal di seluruh dunia.
Ukuran gelanggang mungkin berlainan kerana gelanggang yang biasa digunakan
lebih kecil dari standard futsal sedunia. Oleh itu jarak-jarak yang digunakan
didalam peraturan ini bolehlah disesuaikan mengikut ukuran gelanggang yang
digunakan.
Peraturan pertama – jumlah pemain
· Jumlah minimum pemain untuk
memulakan perlawanan : 5 termasuk penjaga gol
· Jumlah minimum pemain untuk
menghabiskan perlawanan : 3
· Jumlah maksimum untuk pemain
simpanan: 3
· Maksimum pertukaran pemain : tiada
· Cara-cara pertukaran : pertukaran
terbang – semua pemain kecuali penjaga gol masuk dan keluar secara
bebas,pertukaran penjagal gol mesti dibuat apabila bola keluar dari permainan
dan dengan perhatian pengadil.Pemain yang keluar mesti keluar gelanggang
terlebih dahulu sebelum pemainan simpanan masuk.
Peraturan kedua – Alatan-alatan
pemain
· Peralatan sukan yang biasa – jersi
,kasut,sarung kaki, shin-guards, dan kasut futsal.
Peraturan ketiga – Pengadil
· Tugas – menguatkuasakan peraturan,
menggunakan peraturan “advantage”, mencatat semua kesalahan pemain semasa dan
selepas perlawanan, menghentikan permainan bila perlu, memberi amaran dan
mengeluarkan pemain yang melakukan kekasaran, dan sikap-sikap yang tidak
menonjolkan semangat kesukanan, tidak membenarkan yang bukan pemain memasuki
gelanggang ketika perlawanan sedang berlangsung, menghentikan perlawanan untuk
memastikan pemain yang cedera telah dibawa keluar, dan menentukan bola yang
akan digunakan.
· Posisi – berlawanan dengan kedudukan
bangku pemain.
Peraturan keempat – penjaga masa
· Tugas – memulakan masa selepas sepak
mula, memaklumkan waktu habis separuh masa pertama dan kedua kepada pengadil,
mencatat kekasaran (foul) dan memaklumkan kepada pengadil apabila sesebuah
pasukan telah melakukan kesalahan (foul) lebih 5 kali (5-foul limit), mencatat
skor, pemain yang diberikan amaran dan dikeluarkan dan informasi-informasi
permainan yang relevan .
· Posisi – di luar garis tengah padang
di zone pertukaran pemain (bangku pemain)
Peraturan kelima – masa permainan
· Masa – permainan berlangsung selama
21 minit,separuh masa – 10 minit dan waktu rehat 1 minit.
· Masa dicatat berterusan
· Tiada “timeout”
Peraturan keenam – permulaan
permainan
· Prosedur: lambungan duit syiling
untuk menentukan sepak mula, pemain lawan di luar bulatan permulaan, permainan
bermula sejurus selepas bola disentuh oleh pemain mula, bola tidak boleh
disentuh oleh pemain mula sebelum pemain lain menyentuh bola.
· Sepak mula selepas gol dijaringkan
dan sebelum separuh masa kedua.
Peraturan ketujuh – bola diluar dan
didalam permainan
· Bola diluar permainan – apabila bola
sepenuhnya melintasi garisan gol atau garisan tepi gelanggang ; apabila
permainan dihentikan oleh pengadil, apabila bola menyentuh jaring atas.
· Garisan – garisan tepi ( touchline)
dan garisan gol dikira garisan dalam permainan.
Peraturan kelapan – cara-cara
menjaringkan gol
· Apabila bola sepenuhnya melepasi
garisan gol, diantara tiang gol dan dibawah palang.
Peraturan kesembilan – kesalahan dan
kekasaran
· Sepakan percuma “direct” diberikan
kepada pasukan lawan apabila pemain secara sengaja melakukan mana-mana 11
kesalahan berikut (sepakan penalti diberikan apabila kesalahan dilakukan di
dalam kawasan penalti) :
1. Menendang
atau membuat percubaan untuk menendang pemain lawan
2. Menjatuhkan
pemain lawan
3. Melompat
ke arah pemain lawan
4. Menerjah
ke arah pemain lawan secara bahaya
5. Menerjah
ke arah pemain lawan daripada belakang
6. Menyerang,
membuat percubaan menyerang, atau meludahi pemain lawan
7. Memegang
pemain lawan
8. Menolak
pemain lawan
9. Menerjah
pemain lawan dengan bahu (shoulder charge)
10. Sliding
pemain lawan ( sliding tackle)
11. Memegang
atau menyentuh bola didalam permainan (kecuali penjaga gol)
· Sepakan percuma “indirect” diberikan
kepada pemain lawan apabila pemain melakukan mana-mana diantara 8 kesalahan
berikut (sepakan diambil dari jarak 6 meter daripada gol apabila kesalah
dilakukan dalam kawasan penalti) :
1. Bermain
secara bahaya (eg: menendang bola yang dipegang penjaga gol)
2. Melakukan
penghadangan
3. Menerjah
penjaga gol di dalam kawasan penalti
4. Penjaga
gol menangkap atau menyentuh bola menggunakan tangan “back pass”
5. Penjaga
gol menangkap atau menyentuh bola menggunakan tangan “kick-in” daripada pemain
sepasukan.
6. Penjaga
gol mengawal bola menggunakan mana-mana bahagian tubuh lebih daripada 4 saat.
· Pemain patut diberikan amaran keras
(eg: dilayangkan kad kuning) apabila:
1. Pemain
simpanan memasuki gelanggang daripada posisi yang salah atau pemain gantian
memasuki gelanggang sebelum pemain yang ditukarkan keluar sepenuhnya daripada
gelanggang.
2. Secara
kerap melakukan pelanggaran peraturan permainan.
3. Membangkang
mana-mana keputusan pengadil.
4. Didapati
bersalah melakukan perbuatan yang tidak menonjolkan semangat kesukanan.
· 4 layangan kad kuning boleh
menyebabkan pemain lawan diberikan sepakan percuma “indirect” daripada tempat
pelanggaran (atau dari jarak 6 meter apabila pelanggaran dilakukan dalam
kawasan penalti).
· Pemain harus dikeluarkan
(dilayangkan kad merah) apabila melakukan :
1. Kekasaran
yang serius
2. Kelakuan
ganas
3. Kekasaran
atau berbahasa kasar
4. Kali
kedua melakukan kesalahan yang diberikan amaran (kad kuning kedua)
5. Dengan
sengaja menghalang peluang jaringan gol dalam kawasan penalti dengan
menggunakan tangan.
· Sepakan percuma “direct” (atau
sepakan penalti) diikuti dengan pengeluaran pemain untuk kesalahan 1,2,dan 5
dan sepakan percuma “indirect” untuk kesalahan 3 dan 4 (sepakan dari garisan D
apabila kesalahan dilakukan di dalam kawasan penalti)
Peraturan pemain dibuang padang.
· Pemain yang dibuang padang
(dilayangkan kad merah) dikeluarkan untuk keseluruhan permainan dan tidak
dibenarkan untuk duduk di bangku simpanan.
· Pasukan yang pemainnya dibuang
padang boleh membawa masuk pemain simpanan sebagai ganti pemain yang dibuang
padang selepas 2 minit permainan atau selepas pihak lawan sudah menjaringkan
gol (selepas salah satu berlaku).
· Masa hukuman 2 minit di periksa oleh
penjaga masa (atau pembantu pengadil).
· Pemain gantian tidak boleh masuk
tanpa kebenaran pengadil dan bola mestilah di luar permainan.
Peraturan kesepuluh – sepakan
percuma
· Jenis : langsung (direct) dan tidak
langsung (indirect)
· Benteng : sekurang-kurangnya 3 kaki
daripada bola sehingga bola dimainkan.
· Bola dalam permainan : selepas bola
telah bergerak di dalam lingkungannya.
· Had masa: sepakan mesti diambil
dalam 4 saat.
· Syarat : Pengambil sepakan tidak
boleh menyentuh bola semula sebelum bola disentuh pemain lain.
Peraturan kesebelas – Kesalahan
akumulasi.
Kesalahan akumulasi merujuk kepada
semua kesalahan yang disebut dalam peraturan kesembilan.
Apabila sesebuah pasukan mengumpul 5
kesalahan akumulasi semasa separuh masa ( kesalahan di masa tambahan dikira
sebagai separuh masa kedua), daripada kesalahan keenam:
· Pasukan yang melakukan kesalahan
tidak dibenarkan membuat benteng pertahanan semasa sepakan dibuat.
· Semua sepakan mestilah secara
langsung
· Kesalahan yang dilakukan di dalam
jarak 12 meter daripada garisan gol harus dihukum dengan sepakan percuma
langsung dari tempat kesalahan dilakukan atau dari tempat pengambilan penalti
kedua (2nd penalty spot) ;kesalahan yang dilakukan di luar jarak 12 meter mestilah
dihukum dengan sepakan percuma langsung di tempat pengambilan penalti kedua.
Prosedur :
· Sebelum bola disepak, semua pemain
selain penjaga gol dan pengambil sepakan percuma mestilah berada di luar
garisan “imaginary” yang sejajar dengan garisan gol dan satu garis dengan
garisan melintang di mana bola akan disepak.
· Penjaga gol mestilah berada di
kawasan penalti sekurang-kurangnya 5 m daripada bola.
· Pengambil sepakan mestilah
mensasarkan gol dengan niat untuk menjaringkan gol
· Tiada pemain lain yang boleh
menyentuh bola sehingga bola menyentuh gelanggang, melantun daripada tiang gol
atau palang gol, atau bola keluar daripada gelanggang.
· Jika kesalahan dilakukan di dalam
kawasan penalti, sepakan percuma diambil dari jarak 6 m terdekat dari gol di
mana kesalahan dilakukan (sepakan bukanlah sepakan penalti)
Peraturan ke -12 – sepakan penalti
· Diambil dari tanda ‘sepakan penalti’
di tengah-tengah garisan yang berjarak 6 m dari gol. (penalty spot)
· Pengambil sepakan mestilah
mensasarkan gol dengan niat menjaringkan gol.
· Semua pemain lain mestilah berada di
luar kawasan penalti dan pemain lawan mestilah berada sekurang-kurangnya 5m
daripada tempat pengambilan sepakan penalti.
Peraturan ke- 13 – sepakan masuk
· Diambil dari tempat lontaran masuk.
· Bola mesti menyentuh garisan tepi
sebelum disepak masuk.
· Kaki yang tidak menyepak bola
mestilah diluar garisan atau menyentuh garisan tepi; jika melebihi garisan
tepi, sepakan masuk diberi kepada pemain lawan.
· Sepakan masuk mestilah diambil dalam
masa 4 saat, jika tidak,sepakan masuk diberi kepada pemain lawan.
· Pemain yang mengambil sepakan masuk
tidak boleh menyentuh bola sebelum pemain lain menyentuhnya ; pelanggaran
peraturan ini boleh menyebabkan pemberian sepakan percuma tidak langsung kepada
pemain lawan dari tempat pelanggaran berlaku.
· Pemain lawan mestilah berjarak 5 m
dari tempat sepakan masuk dibuat
· Gol dibuat langsung dari sepakan
masuk tidak akan dikira.
Peraturan ke-14 – Gol “clearance”
· Diambil dari tempat “goal kick”
· Penjaga gol mestilah berada di dalam
kawasan penalti semasa membaling bola.
· Bola tidak dikira dalam permainan
jika belum melepasi kawasan penalti. Jika “goal clearance” diterima di dalam
kawasan penalti, “goal clearance” mestilah diambil semula.
Peraturan ke- 15 – Sepakan sudut
· Bola mestilah di sudut. Jika bola
tidak diletak dengan betul, sepakan sudut mestilah diambil semula.
· Diambil dalam masa 4 saat; jika
tidak ,sepakan percuma tidak langsung diberi kepada pemain lawan.
· Pengambil sepakan tidak boleh
menyentuh bola sebelum pemain lain menyentuh bola ; pelanggaran peraturan ini
boleh menyebabkan pemberian sepakan percuma tidak langsung kepada pemain lawan
dari tempat pelanggaran berlaku.
· Pemain lawan mestilah berada
sekurang-kurangnya 5 m daripada tempat sepakan sudut dibuat.
· Jaringan gol secara langsung
daripada sepakan sudut akan dikira.
Extra –sepakan penalti penentuan
· Pengadil menentukan gol mana yang
akan digunakan.
· Balingan duit syiling untuk
menentukan giliran.
· 5 sepakan diambil oleh pemain yang
berlainan daripada setiap pasukan ; kapten setiap pasukan akan memberi 5 nama
ini kepada pengadil sebelum sepakan diambil.
· Jika masih seri selepas 5 sepakan,
sepakan penalti tambahan akan diambil berdasarkan peraturan kalah-mati
(sudden-death basis) oleh pemain yang masih belum mengambil sepakan.
· Pemain yang dibuang gelanggang
semasa perlawanan tidak boleh mengambil sepakan ini.
http://breakthelimit-progamerz90.blogspot.com/2011/03/peraturan-futsal-futsal.html
Tidak ada komentar:
Posting Komentar